Fast forward

Assalamualaikum10 tahun kedepan. 30 Disember 2020. Tahun pandemic.

Banyak yang berlaku dalam masa 10 tahun. Yang bujang dah kahwin. Yang kahwin dah ada anak. Kerja bertukar. Dari fresh grad entry level ke 10 tahun post qualified experience

Rant yang dulu banyak berkisahkan kurang perhatian dari kawan tanpa ikatan. Rant yang sekarang mungkin lebih tenang dan rasional walaupun kisahnya mungkin lebih berat setanding dengan umur yang meningkat. Tersenyum membaca kisah hati permasalahan dulu. Nampak remeh bila ditenung sekarang. Namun untuk diri semuda 10 tahun lepas mungkin cukup lelah baginya. 

Sebab itu jangan kita memandang kecil permasalahan sesiapa. Kecil pada kita, besar pada dia. Terima saja apa ceritanya dengan ikhlas untuk mendengar. Tanpa perlu memikir jalan penyelesaian untuknya melainkan diminta. 


Comments

Popular posts from this blog

Pressure